Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Friday 24 June 2011
http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat penting. Kepentingan aspek ICT dalam pengajaran dan pembelajaran amat memberi impak yang sangat besar kepada sistem pendidikan negara. Selari dengan kecanggihan teknologi terkini, sistem pendidikan juga tidak mahu terlepas daripada merasai kesan ledakan teknologi maklumat ini. Ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada sistem pendidikan itu, malah turut mempengaruhi corak dan gaya pembelajaran murid. Murid-murid dikhabarkan semakin berminat dan teruja untuk mengikuti kelas malah kefahaman murid juga semakin jelas berbanding dengan kaedah pengajaran konvensional guru-guru sebelum ini..